SYEIKH SARAWAK adalah satu Modul Perniagaan Penyebaran Pemikiran Islam, hasil cetusan minda dari Ilahi yang di ilhamkan kepada seorang warga pendidik anak tempatan yang ingin dikongsikan bersama anak, cucu, dan cicit Syeikh Osman Abdul Wahab bagi menyemarakkan serta menyalakan obor ruhhul jihad dan kerja da’wah di Bumi Kenyalang yang bertuah ini. Selain itu, SYEIKH SARAWAK juga ditubuhkan bagi membangkitkan semangat bi’ah islamiah serta membudayakan kecanduan terhadap ilmu fadhu ain dan juga fardu kifayah.
SYEIKH SARAWAK mendapat nama bersempena dengan nama seorang tokoh ulama’ Sarawak yang bertaraf ‘WORLD’ iaitu Syeikh Osman Abdul Wahab sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan tokoh ilmuwan islam silam yang pernah memahat nama di negeri Sarawak.
SYEIKH SARAWAK sebenarnya telah mula bergerak secara individual dan menjalankan kegiatan perniagaan sejak Julai 2001. Pada awalnya, SYEIKH SARAWAK menjalankan perniagaan produk seperti CD ceramah dan zikir, perisian(software) bahasa Arab dan kitab-kitab muktabar, kain baju kurung, tudung, minyak wangi, kurma, madu, buah tin, zaitun serta kismis bagi mengembalikan masyarakat kepada amalan makanan sunnah Baginda Rasulullah S.A.W. Pasaran produk pada ketika itu hanya berfokus kepada para pelajar dari sekolah-sekolah agama di Bandar Kuching, jiran tetangga, saudara mara dan juga mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Modul Perniagaan ini kemudiannya dikongsikan bersama beberapa individu dari Persatuan Mahasiswa Islam Sabah (PEMASA) dan cuba disebarluaskan ke dalam Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak (PERMIS) melalui Biro Ekonomi apabila pengasas SYEIKH SARAWAK memegang jawatan sebagai Presiden PERMIS pada ketika itu. Malangnya, idea ini sukar diterima oleh mahasiswa Islam Sarawak kerana kesedaran terhadap jihad ekonomi masih rendah di kalangan mereka. Pengasas terus bekerjasama dengan individu PEMASA dan hasilnya wujud Tabung Zakat, Qardul Hassan dan Dana Refah yang memberi sumbangan bakti kepada mahasiswa Sabah dan Sarawak serta dimanfaatkan untuk program-program bersama pelajar dari sekolah-sekolah agama di Bandar Kuching. Kini, SYEIKH SARAWAK mula bangkit dan kembali beroperasi secara serius setelah 8 tahun bergerak secara individu dan sudah tiba masanya untuk idea ini dikongsikan dan dimanfaatkan bersama seluruh warga anak Kenyalang.
Akhir kalam, SYEIKH SARAWAK ingin mengajak seluruh anak Sarawak untuk bersama-sama berkongsi idea dan buah fikiran serta menyeru bersama-sama untuk berpartisipasi dalam menggembelengkan wang, usia, tenaga dan keringat dalam jihad ekonomi bagi memastikan kelangsungan ‘survival ummah’ dan da’wah islamiyah di bumi Sarawak khususnya dan seluruh dunia amnya.
Kebangkitan Islam Di Tangan Kita.
From ZERO To HERO!
0 Comments On "Muqaddimah"
Post a Comment